Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Wednesday, August 5, 2015

KEKASIHKU DI MENARA GADING



Syahrul dan Syakila sudah 5 tahun menjalinkan hubungan sejak dibangku sekolah. Setiap hari mereka akan bersama, seperti menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran, pergi kekedai membeli barang. Segala aktiviti mereka pasti menyelesaikan bersama-sama. Kila seorang gadis yang agak pintar didalam kelas. Tetapi bagi Syah, dia seorang yang susah belajar dan lambat untuk menerima pelajaran. Tanpa kila, pasti syah tidak mampu menyiapkan kerja sekolah nya. Tapi syah terkenal dengan sifat yang sangat rajin membantu kedua orang tuanya di kedai makan. Tidak hilang penat nya di kedai makan, dia langsung ke pasar malam untuk menolong bapa saudaranya berniaga.

Sesudah SPM berlangsung, Kila menyatakan hasrat untuk menyambung pelajarannya ke peringkat Universiti tapi kesuntukan kewangan kerana mereka berdua bukanlah dari golongan yang senang. Berat hati syah mendengarnya kerana syah tidaklah selayak kila untuk menyambung pelajarannya. Hanya melalui angan-angan sahaja yang mampu syah impikan. Sejak dari itu, syah tegas pada dirinya untuk keras bekerja untuk membantu kila dari segi kewangan. Tujuh bulan berlalu sudah cukup untuk menampung perbelanjaan kila untuk ke peringkat universiti. Bukanlah syah berlagak seperti penjaga kila, tetapi niat hatinya adalah untuk meringankan beban kedua orang tua Nurul Syakila Binti Razak itu. Siang dan malam syah bekerja semata-mata untuk melihat kekasihnya bahagia dan tersenyum untuk menyambung pelajaran. Pernah kila menolak pertolongan syah kerana syah terlalu banyak menolongnya. Tetapi syah berjaya memujuk kila untuk terima pertolongannya yang pada si syah hanya setimpal berbanding kasih sayang yang telah kila curahkan pada syah dan juga keluarganya.

Hari pendaftaran kolej syakila berlalu dengan pantas. Kila terlantar di atas katilnya lalu terfikir akan janjinya bersama syah dan tersenyum. Terasa rindu pula apabila berjauhan dengan kekasih hati, bisik kila didalam hatinya dan teringat pada janji yang mereka akan setia sehingga ke jinjang perkahwinan. Kian hari kila sering berangan akan berkahwin dengan kekasih hati yang dicintai. Tetapi satu peristiwa yang merubah hati kila apabila bertemu dengan lelaki yang sangat tampan dan digilai oleh ramai wanita malah mempunyai kereta yang sangat mewah. Pada mulanya mereka bertemu dengan sebuah pergaduhan dimana kila memberi idea didalam kelas tetapi di ejek oleh lelaki tersebut yang digelar Irwan King dalam kelas nya. King adalah kerana lelaki tersebut mempunyai darah raja dan juga nama lelaki itu ialah Raja Irwan Bin Raja Ahmad serta King of Woman. Irwan mudah mesra dengan ramai wanita malah apa yang wanita-wanita yang gilakannya minta sesuatu mampu dikotakan oleh si irwan.

Semakin hari semakin kila diganggu oleh irwan dan semakin lama membuatkan kila sudah mula terpaut pada kekerapan irwan mencuba mendekati kila. Di suatu siang yang panas, irwan terpaksa pulang ke rumah dan ketidak hadiran irwan membuat kila terasa sunyi. Dalam benak hati kila ingin cuba menghubungi irwan tapi tiada kemudahan untuk menghubunginya. Dalam pada masa yang sama, syah datang melawat kila bersama keluarga kila. Syah menghadiahkan telefon bimbit kepada kila supaya senang dihubungi apabila rindu. Dalam hati kila sudah berbaur gembira kerana baru sahaja dihajati tetapi seperti difahami oleh kekasihnya. Setelah memiliki telefon bimbit berjenama Nokia, kila sering dihubungi oleh irwan dan mereka mula mencipta cinta. Kini panggilan dari syah sudah kurang dijawab oleh kila, mungkin kerana bosan dengan kehidupan syah yang tidak lah berapa berada. Apa yang kila hajati lambat untuk diperolehi daripada syah tetapi mudah untuk didapati melalui irwan. Harta benda telah menggelapkan cinta kila pada syah. Sepuluh panggilan syah ditelefon bimbit kila, hanya satu yang dijawab. Itu pun kerana rimas akan panggilan yang diterima. Kila sering memberi alasan kepada syah bahawa dia sering sibuk akan kerja-kerja dan projek-projek pelajarannya. Tetapi untuk irwan, kila sering mengenepikan dahulu segala kerja yang ada hanya semata-mata untuk bersama irwan.

Tiga tahun pengajian kila sudah cukup untuk menghilangkan rasa rindu kila pada syah dan mencipta cinta bersama irwan. Kila menerima irwan sebagai kekasih setelah irwan berjanji bahawa dia akan setia dan tidak akan rapat pada mana-mana gadis kolej mahupun gadis diluar kolej. Syah sudah mula mengesyaki bahawa kila mempunyai kekasih baru tetapi syah hanya mampu tersenyum dan menolak anggapan negatifnya itu. Bagi syah sebagai pelajar, wajarlah kila bersikap amarah apabila sibuk dengan kerja, lagi-lagi kila hampir menamatkan pengajiannya. Syah hanya mampu berdoa agar kila bahagia dan selalu berdoa akan jodoh mereka dipercepatkan sedangkan kila sedang bermadu kasih bersama lelaki lain. Hari berganti hari, kehidupan mereka seakan berubah kerana ketidakhadiran cinta dalam hati kila pada syah. Ini membuatkan segala yang dikhabarkan oleh syah sudah tidak diambil peduli oleh kila lagi. Syah seperti dibuang kedalam lautan yang dalam. Kesihatan syah sudah tidak dihiraukan lagi oleh syakila. Setelah tamat pengajian, khabar angin mengenai kila akan melangsungkan perkahwinan dengan irwan tersebar meluas kerana masyarakat di kawasan perumahan mereka sangatlah aktif tentang gosip, lagi-lagi kila akan berkahwin dengan jejaka tampan lagi kaya. Akibat berang yang tersimpan lama, syah menguatkan diri untuk menemui kekasih hatinya untuk mengetahui cerita sebenar.

Setibanya syah dirumah kila, terlihatnya kila sedang berpegangan tangan bersama seorang lelaki y tidak dikenali oleh syah. Syah langsung memanggil kila keluar dari rumah untuk menanyakan sedikit hal. Jelas bahawa berita yang didengar oleh syah itu benar dimana kila akan berkahwin. Muka syah mulai kusam dan berlalu pergi setelah mendengar khabar sebenar. Hati kila terasa bersalah sedikit tetapi bagi kila irwan mampu membahagiakannya. Syah mulai sedar bahawa dia tidaklah setampan jejaka itu dan tidaklah kaya seperti jejaka itu. Hampir tiga bulan syah mendiamkan diri dan menjadi seorang yang murung setelah majlis perkahwinan kila berlangsung. Kila telah dibawa ke kuala lumpur dan menetap disana setelah berkeluarga dan berita tentang kila sudah tidak didengari oleh syah lagi. Syah cuba bangkit dan teruskan hidup, tetapi hari-hari syah tetap kosong. Ibu syah mulai gusar dan gelisah tentang diri syah yang tidak terurus. Setelah hampir setahun berlalu, ibu syah memujuk syah untuk ke kota kuala lumpur untuk berhijrah mencari bakat tersembunyi. Bakat nyanyian syah sememangnya tersimpan hanya untuk kila seorang dan ibu syah mengharapkan syah mula kenal dirinya. Kalau dahulunya syah sering menyanyikan lagu buat kila apabila kila merajuk dan bersedih tetapi kini nyanyiannya sudah tidak didengari lagi. Rungutan ibunya yang sering terhibur pada nyanyian anaknya itu membuatkan syah ingin mencuba bakatnya itu ke arena yang digemari masyarakat sekeliling kawasan perumahan mereka. Pagi esoknya syah berangkat ke kuala lumpur untuk diuji bakat ditemani oleh ibu dan ayahnya yang sentiasa memberi sokongan. Syah layak mara ke peringkat seterusnya dan juga terpilih untuk menyertai program realiti hidup iaitu Akademi Fantasia. Senyuman syah terukir dibibir setelah sekian lama dia tidak tersenyum manis tanda bersyukur atas kurniaan Tuhan pada bakatnya itu. Setelah mendaftarkan diri di akademi nyanyian itu, syah sering diperkatakan oleh wartawan televisyen tentang suaranya yang sedap didengar dan menarik ramai penonton untuk melihat persembahannya. Syah yang dulu sudah tidak sama dengan syah yang sekarang dimana syah sekarang sudah mulai nampak segak lagi tampan. Ramai gadis mulai gilakan lagak syah yang sangat peramah dan tidak angkuh. Setelah mara ke peringkat akhir, syah sering berdoa agar hidupnya berubah dan masa depannya terjamin. Pada malam yang ditunggu-tunggu, syah telah dinobatkan sebagai juara pertandingan Akademi Fantasia itu dan telah dianugerahkan anugerah vokal terbaik. Syah mulai bersyukur dengan bakat yang terpendam sejak kecil lagi. Kini hari syah sudah berubah dan mulai disegani oleh masyarakat dikampungnya. Syah sudah bergelar artis dan ramai gadis menggilainya tetapi syah sedikitpun tidak tergoda dengan mana-mana gadis. Jelas terlihat bahawa kila masih lagi dihatinya.

Suatu petang yang bening, syah berlegar di kawasan pusat beli belah, terlihat nya syah pada satu susuk tubuh yang amat dia kenali. Mata syah mulai terbeliak setelah penampakan kila melintas didepannya tanpa disedari kila kerana syah sudah berubah gaya penampilan. Lalu syah berniat untuk mengekori kila untuk mengetahui perkembangan kekasih hatinya itu. Setibanya kila dirumah, disambut oleh rakannya dan kelihatan muka kila sudah tidak berseri seperti dahulu. Syah mulai hairan kerana kila tidak bersama suaminya. Pelbagai tanggapan dikepala syah tentang kila. Keesokan harinya syah berhajat untuk menemui kila atas rasa ingin tahu yang membuak-buak. Setibanya syah dirumah kila, sungguh terperanjat rakan kila kerana artis tiba dirumahnya. Terkinja-kinja si rakan kila atas kehadiran syah dirumahnya itu. Syah memperkenalkan dirinya pada rakannya itu walaupun dia sudah diketahui oleh peminat-peminat setia akademi fantasia. Lebih memeranjatkan lagi rakannya itu apabila diberitahu syah adalah teman kila pada suatu masa dahulu. Kila masih belum pulang dari tempat kerja dan membuatkan syah hendak beransur pulang. Setelah syah memasuki kereta, muncul sebuah kereta kelisa coklat memasuki garaj kereta rumah itu dan syah keluar kembali untuk menemui kekasihnya itu. Jauh dari sudut hati syah, dia masih menyintai kila lagi. Sebelum syah bertemu kila, sempat rakan kila berang pada kila dimana kila tidak pernah cerita padanya bahawa kila punyai teman artis. Kila yang tidak tahu apa-apa berasa hairan dengan Fira, si rakannya itu. Kila yang dari dulu minat membaca dan tidak meminati untuk menonton televisyen membuatkan dia tidak mengenali artis-artis baharu. Ada juga dia terdengar mengenai syah si budak akademi fantasia tetapi minatnya masih tidak membuatkan dia ingin tahu tentang artis tersebut. Kila menanyakan Fira siapakah artis yang menjadi temannya dan fira menuding jari ke arah syah yang masih di kereta. Kila masih belum mengecam siapakah jejaka yang agak tampan berkaca mata hitam itu. Setibanya syah dihadapan kila dan membuka kacamata hitamnya itu, tiba-tiba jantung kila berdegup laju dan air mata kila mulai jatuh. Lalu kila berlari masuk kedalam rumah dan menangis dibiliknya. Syah berasa hairan dan bertanyakan dua perkara kepada fira. Mengapa si kila menangis dan dimana pergi suaminya. Soalan pertama tidak mampu dijawab oleh fira dan soalan kedua dijawab oleh fira dengan panjang lebarnya.Barulah syah mengetahui kisah sebenar kila setelah menetap di kuala lumpur. Kila ditinggalkan suami kerana si irwan berlaku curang dan ingin berkahwin lagi satu. Kila yang tidak sanggup bermadu tidak menginginkan dirinya dimadukan. Wajarlah lelaki setampan irwan dan sekaya irwan mampu untuk mendirikan lagi masjid yang tersergam indah. Tetapi didasar hati kila, dia tetap tidak ingin bermadu.

Lagu KEKASIHKU DI MENARA GADING terngiang-ngiang di telinga kila setelah mengetahui bahawa itu ialah nyanyian dan ciptaan bekas kekasihnya yang dulu dia cintai. Lirik-lirik lagu itu mengimbau kembali kisahnya yang melupakan kekasihnya setelah memasuki alam universiti. Wajah syah sering terbayang dalam ingatannya kerana syah dari dulunya selalu membantunya apabila susah dan selalu menemaninya kemana sahaja. Tetapi harta benda sudah membutakan mata syakila dan janji-janji manis bersama telah dilupakan olehnya. Timbul rasa menyesal dalam hati kila kerana meninggalkan bekas kekasihnya itu. Sekarang, kila sudah tidak memandang harta lagi dan berasa malu pada syah. Hendak diungkapkan rasa rindu pada syah sudah tidak bererti kerana dikhuatiri dia dianggap masih pandang harta benda. Kerap syah muncul dihadapan rumah kila membuatkan kila turun menemui syah. Mereka pergi ke suatu tempat untuk berbincang dan bertanya khabar. Syah diceritakan bahawa kila keguguran setelah mengetahui suaminya ingin beristeri lagi. jadi kila tidak mempunyai anak bersama bekas suaminya itu. Syah mendengar kisah kila dengan setianya lalu syah menyatakan hasrat untuk menikahi syakila. Pada awalnya kila menolak kerana malu pada kesalahan nya dahulu membuang syah dari hidupnya. Tetapi dipujuk oleh syah bahawa dia terima segala kekurangan kila dan memaafkan kila dari awal perkenalan mereka. Kerana tidak mahu kehilangan untuk kali kedua, kila menerima lamaran syah dengan hati yang rela dan akhirnya mereka hidup bahagia selamanya.

Idea Asal : Fatin Athirah (Athirahyumeka)
Tulisan : Khairul Amin (Krule)