Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Monday, January 17, 2011

MISTERI CINTA SI DIA


Perasaan seseorang memang kita tak mampu untuk menduga, kadang-kadang jangkaan kita betul, kadang-kadang jangkaan kita salah pada seseorang. Kita berhak untuk mencari cinta kita. Ada masanya kita perlu memahami perasaan seseorang. Ada masanya seseorang perlu memahami kehendak kita. Kita inginkan seseorang fahami, hendaklah kita memahami mereka dahulu. Ada satu kisah yang ingin ku kongsi. Ceritanya berkisahkan seseorang gadis yang mungkin tidak mampu untuk memilih yang terbaik.


Sya, aku menyayangimu sedalam-dalam hatiku. Andai kau tahu isi hatiku, kan ku mekarkan cinta ini demi untukmu Sya. Walaupun ku tahu diriku tidak layak untukmu, kerana hatimu masih belum mampu untuk menerima cintaku ini. Aku sedikit pon tidak terniat untuk memaksa dirimu untuk menerima cintaku Sya. Kamu mempunyai ramai sahabat yang kamu sayang. Adakah mereka lebih kamu sayangi daripada aku. Fahmi, Afiq, serta Haikal. Mungkinkah kehadiranku hanya mengganggu hidupmu Sya. Alangkah baiknya jika kamu meluahkan segala rasa kepadaku. Dahulu, segalanya kamu menceritakan kepadaku. Tetapi setelah kamu mengetahui perasaanku, aku merasakan yang kamu juga cuba untuk menjauhiku. Tatkala aku menanyakan tentang perasaan, kamu terdiam tidak mampu terjawab dan mencipta alasan untuk tidak menjawab soalan itu.


Aku hanyalah manusia biasa yang tak pernah lepas dari khilaf, mungkin dalam perkenalan kita, aku ada melukakan hatimu, maafkanlah diriku sekiranya hatimu terguris wahai gadisku Sya. Hatiku sering tertanya-tanya, siapakah yang kamu sayang, siapakah yang kamu cinta, siapakah yang kamu rindu, dan siapakah yang kamu kasih? Pernahkah namaku tersenarai didasar hatimu Sya. Aku sememangnya tidak mengharapkan apa-apa balasan darimu Sya, tetapi tidakkah kamu terfikir untuk berkorban seperti apa yang telah ku korbankan kepadamu Sya. Hem.... Aku tidak pasti dengan perasaanku, aku hanya mampu menyatakan yang aku menyintai serta menyayangi mu Sya.


Tudung purple yang ku beri, masih belum lagi ku tatap pemakainya. Adakah pemakainya wujud? Atau benda alah itu hanya disimpan didalam locker dan disemadikan seperti tiada siapa yang tahu ia wujud. Alangkah indahnya jika aku dapat melihat pemakainya memakai hadiah yang tidaklah seberapa itu supaya ku tahu kamu menghargaiku Sya. Hem..... Adakah aku layak dihargai Sya?? Siapakah aku dihatimu Sya?? Fahmi muncul menggembirakan mu Sya. Afiq muncul banyak memberikan kebahagiaan kepadamu Sya. AKU?? Mungkin tidak memberi apa-apa makna kepadamu kan Sya?? Aku hanya mampu memberi layanan yang baik sahaja kepadamu Sya. Aku bukanlah berharta, juga tidaklah mempunyai rupa paras yang dapat menceriakan hidupmu selalu Sya. Aku tidak pernah jangka semua ini berlaku. Mengapa aku mencintai gadis yang sudah mempunyai teman hidup malah mempunyai ramai orang yang disayangi.


Arggghh... Aku tidak mampu mengawal emosi ku.. Tetapi kata-katamu Sya untuk ku tidak beremosi masih terlekat difikiranku.Aku cuba untuk mengawalnya. Tetapi mengapa kamu sering menguji ku. Dalam tidak sedar, kamu cuba mengguris perasaanku. Apakah keistimewaan mereka Sya?? Kenapa mereka mendapat layanan lebih daripada ku? Adakah mereka yang lebih kamu sayangi? Hem... “Itu hak Sya” aku tidak mampu berkata apa-apa setelah ku mendapat jawapan itu. Beginilah nasibku, ingin ku menyesali perbuatanku. Sudah tiada berguna lagi. Perasaan yang hadir sukar ku hilangkan dengan cepat. Sya, aku terpaksa biarkan kamu dengan duniamu. Maybe setelah kamu baca kisah ini, kamu akan mengerti perasaan kasih dan sayangku kepadamu Sya. Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu, tetapi hanya sekadar untuk faham perasaan ku sahaja Sya. Mengertilah bahawa aku terlalu mencintaimu.


Aku akan cuba menjauhimu Sya, supaya kamu tidak serabut untuk memikirkan keadaan serta kesihatanku. Maafkan aku kerana melakukan ini. Ini untuk kepentinganmu jua. Aku tidak akan cuba untuk mengganggu fikiranmu lagi. Berfikirlah sebaik mungkin. Kerana ku tahu, kamu adalah gadis yang mempunyai terlalu banyak misteri tentang cintamu itu Sya. Memang sukar untuk menilai mu Sya. Tetapi telah ku tahu segala gerak geri mu itu, dan ingin ku menyatakan, bahawa aku sudah terlanjur mencintaimu, dan aku tidak akan berpatah balik untuk berhenti menyayangimu.


SYA... BERGEMBIRALAH C( ^_^ )D.. SEMOGA BAHAGIA