Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Friday, September 10, 2010

APABILA PERASAAN MULA MENJADI TANDA TANYA.

Kisah bermula apabila seorang jejaka yang bernama Harith, mempunyai perasaan ingin berteman seperti pasangan lain. Suatu hari, dia menemui gadis yang agak manis bernama Sarah. Dia mula untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Detik-detik perkenalan bermula apabila mereka menemui minat yang sama antara mereka berdua. Sejak dari itu, mereka semakin akrab seperti adik beradik.

Dalam waktu yang sama, Harith yang sedang bujang menanti Sarah yang telah berpunya kerana Harith sudah mula menyayangi Sarah lebih dari itu, tetapi Harith hanya menyembunyikan perasaan itu didalam hati nya. Sedang dia menyimpan perasaan itu, muncul seorang lagi gadis yang membuatkan hati Harith resah memikirkan perasaan nya yang mungkin akan hilang akibat gadis yang kedua itu. Gadis tersebut bernama Fasha.

Ketika itu, Sarah cuba menjauhi Harith kerana Sarah mendapat tahu Harith sudah mempunyai kawan baru. Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Sarah seperti, “Awak pergilah berkawan dengan SI DIA tu, saya xkesah pon”. Ayat itu membuat Harith serba salah. Jiwa Harith terganggu akibat perkara tersebut kerana dia lebih menyayangi Sarah daripada kawan barunya itu.Fasha pula yang terbuka untuk berkawan membuatkan Harith berubah menjadi seorang yang pendesak. Apa yang Harith fikirkan hanya untuk berteman pada waktu itu, sampai suatu masa dia membuat Fasha berubah fikiran untuk tidak lagi berkawan dengan nya.

Sehinggakan suatu information tentang si Fasha dapat Harith ketahui iaitu Fasha sudah mempunyai teman lelaki. Hal itu membuat Harith rasa kecewa. Tetapi Harith tetap mengganggu Fasha sehinggakan teman lelakinya memberi amaran kepada Harith supaya tidak mengganggu Fasha lagi. Harith mula mundur. Dia cuba mencari teman untuk mendengar cerita sedihnya. Tetapi ketika itu tiada yang mahu mendengar, sehinggalah Sarah kembali bertanya apa masalah Harith, mengapa setiap hari dia sering murung. Harith mula menceritakan segala kisahnya. Kemudian Sarah memberitahu yang dia juga sudah single. Sarah menasihati Harith untuk turut single sepertinya.

Harith hanya menurut apa yang dinasihati oleh Sarah kerana ketika itu hatinya sedang sedih. Tidak lama kemudian hubungan mereka kembali pulih dan rapat seperti biasa. Mereka kembali akrab. Hari semakin hari perasaan Harith muncul kembali, tetapi Harith cuba mengawal kerana dia khuatir peristiwa lama akan berulang. Berulang kali Harith cuba memberitahu Sarah yang dia menyayangi Sarah. Tetapi ditutupi dengan gurauan supaya Sarah tidak mengetahui bahawa Harith benar-benar menyintai Sarah. Pernah suatu ketika Harith melafazkan rasa sayangnya kepada si Sarah, tetapi Sarah hanya menganggap Harith seperti abangnya sahaja. Itu membuatkan Harith sering bersedih, tetapi cuba menyimpan perasaan itu. Harith sering berfikir, mengapa Sarah tidak mahu menerima cinta nya.

Setiap hari mereka melakukan aktiviti yang sama dipusat pengajian mereka kerana mereka didalam kursus yang sama malah dalam satu kelas yang sama. Walaupun Sarah kerap berbicara dengan lelaki lain, Harith merasa cemburu tetapi cuba menjernihkan fikiran dan beranggapan yang dia memang tidak layak dihati Sarah walaupun Harith sering membantu Sarah dalam apa jua bentuk kerja. Harith hanya berdiam diri dan tidak mengharapkan balasan dari Sarah, kerana Harith menginginkan cinta yang lahir sendiri dalam hati Sarah dan menunggu adakah ada jodoh antara mereka, walaupun ketika ini Fasha juga kembali berkawan dengan Harith. Apa yang membuatkan Harith runsing adalah adakah Sarah juga menyembunyikan perasaan nya terhadap Harith atau tidak. Ini kerana Sarah tidak menunjukkan perasaan nya jika berjauhan tetapi apabila berhadapan dengan Harith, dia menunjukkan suatu kelainan seperti terlalu menyayangi Harith, dan adakah Harith akan kekal menyayangi Sarah atau adakah Harith akan cuba mencintai orang lain pula, atau adakah Fasha pula yang akan menjadi teman akrabnya selepas ini?

PERSOALAN AKAN TERJAWAB DI KISAH YANG SETERUSNYA TETAPI DALAM BENTUK CERITA YANG BERBEZA... NANTIKAN KISAH YANG AKAN DATANG..... SELAMAT MEMBACA....