Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Tuesday, December 14, 2010

Hanya Ku Tahu Hatiku


Sedih, pedih sangat ku rasakan. Umpama seorang yang menghiris hatiku dan ku celupkan hatiku itu kedalam larutan garam yang sangat likat. Pada malam itu aku turun untuk menunaikan janjiku pada seseorang yang mana aku turun untuk mengajarnya apa yang ku pelajari. Dia sejujurnya tidak memahami apa yang guru mengajar dihadapan kerana ketika itu kondisi nya kurang sihat. Seperti yang dijanjikan, maka turunlah aku sebagai pemegang janji.

Ketika itu, ku perhatikan raut wajah seorang lelaki berada di penjuru hujung meja study di kafe. Sahabat si gadis itu. Aku hanya tidak mempedulikan lelaki itu kerana tujuan ku adalah untuk mengajar sementara. Kisah itu bermula dengan gembira, aku mengajarnya dengan gelak tawa. Ku susuli dengan jenaka ku agar si dia gembira dengan ku. Jujur dihati aku menyukainya. Tetapi ku pendam perasaan ini. Kerana ku tahu jika ku memberitahunya betapa ku sayang padanya, dia pasti tidak menyukai apa yang ku katakan.

Ku tak peduli apa yang orang lain kata. Waktu itu, aku merasakan akulah insan bertuah kerana si dia senang bersamaku. Setelah itu, dia mula menegur lelaki itu, walaupun ku rasa cemburu, tetapi tidak perlulah untuk ku terlebih emosional, kerana si dia hanya menyukai ku sebagai seorang teman. Hanya aku yang tahu apa didalam hatiku. Ku fikirkan si dia hanya bertegur biasa, tetapi sesuatu yang tidak ku duga berlaku dihadapan mataku, benarlah firasatku mengatakan supaya tidak perlulah untukku turun mengajarnya malam itu kerana akhirnya aku yang bakal sedih.

Si dia berbual mesra bersama lelaki itu malah bersentuh-sentuhan. Peristiwa itu sangat menyakitkan hati ku. Aku sedar yang aku ini insan biasa, yang tidak punya apa-apa. Apakah tujuan mereka berlaku sedemikian, apakah untuk memberi ku cemburu buta? Ku tidak mengetahui semua itu, namun aku hanya berdiam diri. Benakku sentiasa memikirkan si gadis itu, tetapi aku hanya diperlakukan seperti itu sahaja. Adakah aku tunggul yang tak bermakna atau aku boneka hidup yang menjadi permainan kanak-kanak.

Sekembalinya aku ke kamarku, aku terdiam dan memikirkan peristiwa itu, memang si gadis itu menyukai jenakaku, tetapi aku yakin si dia lebih menyukai gurauan mesra lelaki tadi. Aku hanya berserah serta pasrah malah mengalah dengan lelaki itu. Dia lebih layak, bukan lah niatku untuk merendah diri, tapi inilah lumrah hidup seorang insan yang kesepian. Mencari cinta yang tidak mungkin dapat digapai dengan jayanya. Hatiku terlalu menyayangi si dia, tapi mengapa tatkala aku ingin menyayangi seseorang, inilah yang berlaku. Hancur hatiku melihat kemesraan mereka.

Ingin ku mengundurkan diriku sebagai seorang teman, tetapi aku tidak sampai hati meninggalkan seorang gadis yang memerlukan bantuan aku untuk menghiburkannya tatkala dia sedih. Aku bukanlah manusia yang kejam, tetapi mengapa begitu ramai yang cuba berlaku kejam denganku? Aku hanya mampu terdiam. Ku teringatkan kisah lalu, saat aku mula menyayangi seseorang, tetapi malam sambutan hari lahir kawanku, si gadis ini pula yang bersentuhan dengan kawanku itu.

Benar orang kata, perasaan tidak boleh dipaksa. Aku tidaklah memaksa orang untuk menyayangiku, kerana ku tahu, tidaklah layak untukku disayangi. Diamku membawa seribu makna, bukanku tidak kesah, tetapi aku hanya berpegang pada kata-kata seseorang itu, “lebih baik kita diam, daripada kita sakitkan hati orang”. Aku menyukai nasihatnya, caranya denganku, tetapi ku tahu aku bukan untuknya. Dia mempunyai orang yang dia cinta. Aku hanya mampu menunggu. Menunggu bulan jatuh ke riba. Jika si dia sudah membaca luahan ini, ingin ku memohon ampun dan maaf kerana aku tidak mampu menjadi lelaki yang disukainya. Relaku mengundurkan diriku dari hidupnya.

C( ^_^ )D.. Semoga Bahagia Sayangku...

DIAMKU BERMAKNA, MALAH HANYA DIRIKU MENGETAHUI SEGALANYA DI HATIKU.

Friday, December 3, 2010

TUDUNG PURPLE

Siapakah yang bakal memiliki tudung purple itu. Ku belikan special untuk seseorang. Tetapi ku takut untuk menyerahkan kepadanya kerana ku takut si dia tidak mahu menerima pemberian ikhlas ku ini. Hatinya menginginkan sehelai tudung. Ku tanya pada si dia, tudung jenis apakah yang diminatinya. Katanya lagi, dia meminati tudung yang dia sering pakai ke kelas. Bukan sejenis selendang atau tudung ekspress. Seperti yang ku tahu, tudung itu terkenal dengan nama ‘tudung bawal’.

Hajat hatinya menginginkan tudung itu, tetapi cuba untuk menafikan kepada ku dan tidak mahu menyusahkan aku untuk mencarinya. Tetapi dia sendiri tahu yang aku seorang yang degil, katanya tidak, tetapi bagiku ya. Niatku hanya ingin menunaikan hajat seorang kawan, yang begitu akrab dengan ku. Ku belikan tudung itu khas buatnya kerana hanya dia sahaja yang banyak memberi semangat kepadaku, dan sering menasihatiku serta membantuku ketika aku sedang kesusahan. Aku bersyukur mempunyai rakan bercerita seperti dia. Aku sering habiskan masa untuk berborak-borak dengan nya kerana hari-hariku sering bosan tidak berteman. Disebabkan itu aku membelinya hadiah itu sebagai tanda terima kasih ku kepadanya.

Tapi sehingga kini aku masih belum berani untuk menghadiahkan tudung itu kepadanya. Hajatku ingin melihatnya memakai tudung itu ketika ke kelas. Mesti si dia kelihatan lebih ayu jika memakainya. Tetapi adakah harapan ku ini hanya tinggal harapan atau akan menjadi mimpi indah seumur hidupku? Sukar nak ku gambarkan detik itu kerana si dia bukanlah seperti gadis biasa. Agak lama untukku memahami cara dia bersahabat. Aku kini hampir memahami caranya yang agak sempoi dan kadangkala tegas. Jika difikirkan kembali kenangan ketika aku mula mengenalinya, ingin ku ketawa sendirian. Macam-macam kenangan pahit, seperti bergaduh dan pernah hampir bermusuhan. Tetapi sebagai umat islam, tak perlulah sampai bermusuhan dalam bersahabat kerana perkara itu dibenci oleh ALLAH S.W.T.

Berbalik pada topik tudung tadi, aku memberitahunya bahawa aku sudah membelikannya tudung itu. Dia seraya menjawab, kan sudah diberitahu untuk tidak membeli tudung itu. Aku hanya berdiam diri, ingin ku sesali dengan perbuatanku, tetapi tidak ada daya untukku berbuat demikian. Aku kini hanya menyimpan tudung itu didalam locker besi ku di asrama ku. Setiap hari ku melihat tudung itu, sebelum ku ke kelas. Sampai bilakah kau akan tinggal disini wahai tudung purple. Bisikku setiap hari. Bukanlah aku sudah bosan untuk melihatnya setiap hari, tetapi alangkah indahnya jika kau wahai tudung purple mendapat penjaga yang lebih baik daripada aku. Sekurang-kurangnya kau boleh dijaga dengan baik dan dipakainya serta dia memandikan kau untuk kau sentiasa berbau harum. Tidak lah kau hanya terperap didalam almari besi yang sejuk ini yang belum tentu kau dimandikan serta berbau harum malah tidak dipakai oleh sesiapa.

Arghhh, kadangkala aku hanya membiarkan igauan ku itu, kerna ku tahu, kemungkinan tidak akan ada sesiapa pun yang akan memiliki tudung itu. Ingin ku berikan sahaja kepada orang lain, tapi siapa. Tidak ada senarai untuk ku memilih siapa yang layak menerima pemberian ku itu. Hari demi hari aku hanya dengan cita-citaku, dan tidak lagi memikirkan kau wahai tudung purple. Kau umpama tiada didalam lockerku malah dalam hidupku. Mestikah aku menyerahkanmu kepada orang lain atau aku hanya perlu menunggu jawapan dari si dia yang mengatakan si dia menginginkanmu semula dan bersedia untuk menjaga mu wahai tudung purple. Benakku sering runsing akan hal ini. Sejak itu aku mulai pasrah dan hanya membiarkan mu wahai tudung purple dengan selimut plastik mu itu didalam lockerku.

MILIK SIAPAKAH KAU WAHAI TUDUNG PURPLE??