Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Monday, April 7, 2014

7/4/2014

Kali ni sy nk kongsi sedikit cerita y berlaku pada 7/4/2014. Pertemuan y terakhir buat aku dan fatin athirah buah ht aku, aku menunggunya di uitm pd jam 4.30 tapi aku stay di masjid utk bersolat asar, sesudah solat asar, aku melengahkan masa aku dengan membaca 4 muka surat al quran. Lalu ku lihat jam, 5.00 ptg.. wahh, ini sudah waktunya aku menemuinya, lalu ku hidupkan enjin motosikal ku dan terus ke padang memanah dan menunggu nya, sekian lama menunggu, jam ditangan sudah menunjukkan pukul 5.30 ptg.. aku menelefonnya, katanya on the way pulang dr dewan peperiksaan.

Dia cuba memeranjatkan aku dr belakang, tp silap dy berlari mendapatkan aku, memang la kantoi awk kt blakang sy, huhu. Kemudian, dy memberitahuku y parents nya sudah smpai, dan menyuruh aku utk ke sana, dan dy ingin ke UPK utk pulangkan kunci, dy kelihatan begitu comel td dgn berbaju kurung, tp agak kecil bju tu membuatkan nmpak ketat. X apalah, sesuai dgn tuannya y kecil molek. Ku tatap wajahnya dengan penuh rasa syahdu kerana ia bakal menjadi pertemuan aku y terakhir kali.

Kemudian aku terus menemui keluarga nya, adik nya sudah malu2 dengan ku, iwan. Lia terus menyorok drpada ku, aku hensem ya? Hahahaha. Adik dy pon dah comel, apatah lg kakaknya, fatin athirah si buah hati aku. Ya allah, tatkala dy sedang leka mengangkat barang2 nya ke kereta, aku terus menatap wajahnya tanpa berkata apa2. Renungan ku, ku patahkan dengan perbualan aku bersama kedua ibu bapanya. Sungguh ramah ibu bapanya, membuatkan aku mulai berani berhadapan dengan keluarganya. Mudah2an itu satu signal utk aku terus menyayangi buah hati ku dengan restu kedua org tua nya.

Sesudah selesai mengemas barang, si dy menghulurkan tangan utk bersalam dengan ku hanya dengan niat bergurau, aku hanya mengangguk hiba dan pilu melihatnya ke kereta, wajah y amat aku sayang kian hilang dipandangan. Ku hanya kirimkan doa utk mu sayang diatas pemergianmu meninggalkan ku, tak pernah terfikir oleh ku, tak sedikit pun ku bayangkan, kau akan pergi tinggalkan ku sendiri. Begitu sulit ku bayangkan, begitu sakit ku rasakan, kau terus pergi tinggalkan aku sendiri, inilah saat terakhirku melihat kamu, jatuh air mata ku menangis pilu, hanya mampu ucapkan, selamat jalan kasih. Satu jam sj ku telah menyayangi dirimu, namun bagiku melupakan mu memerlukan waktu y agak lama. Tapi, tidak akan ku lupakan kamu wahai memori cinta ku, dan kenangan terindahku. Awak, di johor nanti, awak jagalah hati awk utk sy, sbb sy slalu menanti awk disini. Jangan awk berubah hati bila berjauhan dengan sy, jangan awk pergi tinggalkan sy, jangan pernah biarkan perasaan awk pergi melupakan sy, biarkan kita jauh, tp jangan benarkan cinta kita jauh. Hanya doa y mampu sy kirimkan utk awk, doa agar jodoh kita sentiasa dipanjangkan. Saya terlalu menyayangi awk fatin athirah, saya terlalu sayangkan awk.

Kalau sy mampu ke joho, sy sanggup ke sana utk bertemu cinta hati sy, ya allah, jangan kau biarkan perasaan nya hilang terhadapku ya allah. Entah mengapa aku menjadi murung dikala ini ya allah, mampu kah dy menjaga hatinya utk ku ya allah, adakah sekali lg ujian mu kepadaku kehilangan insan y amat aku cinta ya allah. Dengan titisan air mata ini aku bermohon kepadamu ya allah, sampaikan rindu ku kepadanya ya allah, sampaikan cinta ku kepadanya, berikan kami kekuatan untuk menjaga cinta kami ya allah. Kalau hati dy berubah ya allah, kau ingatkan dy pada detik perkenalan kami ya allah, pada saat dy sudah mula bosan kepadaku ya allah, kau ingatkan dy tentang kenangan kami ya allah, pada saat dy sudah mula membenci aku ya allah, kau ingatkan lah dy pada pemberianku kepadanya ya allah, berikanlah dy kekuatan utk sentiasa menghargai cintanya ya allah.

Aku tahu aku tak kuat utk terima pemergiannya, jika aku bukan jodohnya, maka kau jauhkan lah hati kami ya allah, pertemukan lah si dy jodoh yang lebih baik dari ku ya allah, jika sekiranya aku lah yang terbaik buatnya, maka kau satukan lah kami ya allah. Hanya wajahnya y mampu menjadi penawar rindu aku padanya.

Awak, beberapa perkara awak perlu tau walaupun awk dah pernah tahu
1. Saya sentiasa menyayangi awk dimana awk berada.
2. Saya sentiasa menunggu awk walau apa y awk buat.
3. Saya sentiasa merindui awk.
4. Saya sentiasa gembira mengenali awk
5. Saya tidak pernah berputus asa utk terus menyayangi awk
6. Saya tidak pernah menyesal setelah mengenali awk
7. Saya teramatlah beruntung kerana awk menghargai sy dan terima sy seadanya.
8. Saya terlalu gembira bila awk bersama sy
9. Saya menanti awk smpai awk trm sy sbg suami awk
10. Saya adalah cinta hati awk selamanya, dan awk ialah permaisuri hati sy selamanya.

10 perkara y awak patut tau dan sy harap awk akan ingat sampai bila2. I love you always athirah, sayang awk ketat2, sayang awk laju2. Rindu awk selalu. Cinta awk selalu. Mmuahh. Salam sayang dari buah hati awk y asalnya dari pahang. Tapi kini berada dalam hati awk y teristimewa. ^_^ kenang kenangan kita selalu k. Akan sy lamar awk tak lama lg. Insyaallah.