Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Friday, August 6, 2010

Adakah dia masih menerima ku???

AL-KISAH

Pada suatu saat di alam suasana belajar, seorang pelajar yang bernama Syahrul memulakan pengajiannya di kolej matrikulasi berdekatan dengan kampungnya. Dengan satu azam yang membara dalam diri Syahrul, dia menguatkan semangatnya untuk meneruskan alam remajanya dengan belajar, setelah selesai menduduki peperiksaan SPM. Hidupnya penuh dengan gembira setelah mempunyai ramai rakan baru. Setiap hari dia akan menghadiri kuliah serta tutorial bersama rakan-rakannya.

Sewaktu minggu penyesuaian pelajar baru, dia dengan terkejutnya dikejutkan dengan kedengaran namanya disebut berulang kali untuk menganggotai persembahan pada penghujung minggu tersebut. Dalam terkejut, ada gembiranya kerana persembahan yang harus dilakukannya adalah persembahan yang dia pernah sertai dalam pertandingan ketika dia berada dialam persekolahan dahulu. Dia berlatih setiap hari bersama anggota-anggota yang baru dikenali. Dia mula gembira dengan latihannya.

Petang pada pengakhiran minggu tersebut, dia bersama rakan seperjuangannya menyembahkan persembahan tersebut yang dikenali sebagai persembahan tarian. Mereka mempersembahkan dengan jayanya serta berakhir dengan gembira. Minggu tersebut sudah berlalu begitu pantas sekali. Menjelang bulan tujuh, dua bulan dari hari mereka menyuaikan diri, Syahrul mula mengenali seorang sahabat yang bernama Syaza (salah seorang dari ahli tarian). Pada mulanya mungkin mesra perkenalannya.

Hari demi hari, Syahrul sudah mula jatuh hati pada Syaza. Tetapi Syaza tidak mengetahuinya. Keesokannya Syahrul yang pemalu memberanikan diri untuk bertanya adakah Syaza sudah berpunya. Malang hari Syahrul kerana dia mengetahui bahawa Syaza sudah mempunyai teman lelaki dan sudah hampir 5 tahun perkenalan mereka. Syahrul yang hampa cuba tabahkan hati. Dalam kesedihan, Syahrul masih lagi berkawan dengan Syaza, tetapi sikap Syahrul mula berubah menjadi seorang pendesak, yang membuatkan Syaza tidak selesa dengan Syahrul. Syaza cuba menjauhkan diri daripada Syahrul. Syahrul pula terus mendesak si Syaza tanpa dia sedar kesilapan dan kekhilafannya itu.

Sampai suatu masa Syaza menghilangkan diri. Syahrul sudah mula gundah dan tidak senang hati sambil terus menerus menghubungi Syaza. Tiada juga balasan. Dia amat sedih dan cuba berdiam diri, dalam berdiam diri, satu pesanan ringkas tiba di telefon bimbitnya. Pesanan ringkas tersebut mengejutkan dia bahawa ayat yang terkandung didalam pesanan tersebut ialah 'Syah, sy sgt kecewa dengan kamu, mengapa kamu terus mendesak sy, sedangkan sy bukan kekasihmu, sy xsangka kenal dengan kamu y suka mdesak sy. sy benci kamu. sy xnk kamu dekati sy lagi, salam'..... Syahrul kesedihan dan merenung keseorangan...

Lima minit kemudian, tiba sepucuk pesanan ringkas lagi daripada sahabat Syaza yang cuba untuk mencuci otak Syahrul. Syarul juga terkejut dengan pesanan yang berayatkan 'Kamu ni Syah, xpatut kamu begitu sama Syaza, dia menyukaimu sebagai kawan, xperlulah kamu mendesak dia, kamu xmalu ka pada dia, dia sudah berpunya, jangan la kamu cuba untuk merosakkan hubungan dia sama kekasihnya... Sekarang kamu lihat, kamu sudah hilang seorang kwn... Fikirkanla'... Hati Syahrul mula hiba dan terharu mendengar kata-kata Syaza dan sahabatnya. Syahrul mula meminta maaf kepada Syaza. Tetapi tiada balasan.

Keesokannya Syahrul dikejutkan dengan panggilan yang tidak dikenali. Kedengaran suara lelaki. Yang lebih memeranjatkan lagi, suara tersebut menjelaskan bahawa dia ialah kekasih Syaza. Serta memohon Syahrul untuk tidak mengganggu Syaza lagi. Syahrul mula pasrah dan hampa serta menyesali semua yang telah dilakukannya. Sejak dari itu, Syahrul mula bermuram dan bermasam muka. Tiba dikelas Syahrul menghiasi senyumannya dalam kesedihan agar rakan2 yang lain tidak mengesyaki bahawa Syahrul mempunyai masalah. Syahrul meneruskan hidupnya keseorangan dan kehilangan sahabat rapatnya ketika dahulu...

Syahrul mula berfikir, 'Kalaulah masa boleh diundur, xakan ku lakukan seperti itu... Aku menyesal kerana menyakitkan hati dia.... Alangkah indahnya jika dia dapat menerima persahabatan aku dengannya semula dan akan ku jaga sebaiknya tapi apakan daya, masa sudah berlalu pergi.... Dia mungkin sudah lupakan aku'

Hidup Syahrul dipenuhi rasa sedih dan bersalah atas kesalahan dan kekhilafan dia. Dia cuba untuk berubah dan menunggu Syaza kembali menjadi sahabatnya dan dia telah menukar perasaan cintanya kepada sahabat sahaja, dan berharap semoga Syaza dapat menerima perubahannya itu..

SYAHRUL : ADAKAH DIA MASIH MENERIMAKU SEBAGAI SAHABATNYA???


1 comments:

aida said...

sejak biler ko pndai mengarang ni?
musykil aq...
hahaaaa

Post a Comment