Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Saturday, October 23, 2010

Kisah Cintaku



Cinta? Apa tu?? Xperlulah ku ungkapkan, kisah bermula sewaktu aku di tangga belajar. Ketika itu, aku di Matrikulasi Teknikal. Aku seorang bekas pelajar Teknik, Aliran Mekanikal. Bertempat di tempat yang sama juga. Bukan niat untuk bermegah, tapi hanya untuk berkongsi cerita dengan pembaca. Dalam hidup kita sering mengalami pelbagai cabaran. Secara normal, aku sama seperti kalian. Pernah mengalami alam percintaan. (Bagi yang tak pernah, anda juga akan mengalaminya suatu hari nanti). Tetapi kisah cintaku xseindah seperti cerita-cerita jiwang di tv. Kenapa dikate begitu?? Ada cerita disebalik kate2 ini.

Permainan? Ape yang diertikan tentang permainan? Seperti yang kita tau, mainan selalu dibeli oleh ibu bapa untuk anak2nya yang masih kecil dan belum matang. Jika di related kan dengan mainan, setiap yang bercinta yang hanya berniat untuk main2, mereka juga boleh dikatakan tidak matang. Kenapa mereka berniat begitu? Adakah mereka pernah diperlakukan sebegitu?? Dan adakah mereka sekadar mencuba? Secara normal, TUHAN MAHA ADIL. Apa yang kita buat akan dibalas, jika baik, baik lah. Jika buruk, buruk la balasannya. Back to the topic, Alkesah. Aku dulunya adalah orang biasa yang baru nak belajar bercinta. Umur ku berusia 15 tahun, aku mula bercinta dengan seorang gadis satu kelasku juga. Pada awalnya, aku meminati dia kerana something yang kecil membuat aku menyukainya. Tetapi aku pon tidak pernah tau perasaan aku sendiri. Aku cuba untuk menghiburkan dia, dan dia senang denganku sambil ketawa denganku.Tapi, peristiwa yang tidak dapat ku lupa adalah sifatku sendiri yang membuat hubungan kami renggang.

Almaklum, permulaan pasti banyak kesilapan. Sifatku yang sering mendesak si dia yang membuat hubungan kami tidak semesra pasangan yang lain. Hubungan kami hanya bertahan sekadar 5-6 bulan sahaja. Yang mengecewakan aku adalah si dia tidak dapat menerima kesilapanku itu. Aku cuba berterus terang, aku yang mendesak bukan kerna aku xsuke. Tapi aku ingin diberi perhatian yang lebih. Si dia masih belum dapat menerimanya. Erm, yang lepas biarlah lepas, silapku juga. Aku membuat pilihan untuk berpindah ke asrama mulai umurku 16 tahun(Tingkatan 4). Ya, di sekolah teknik itu juga. Aku memulakan hidupku yang baru di sana. Dalam beberapa bulan, aku dihadiri seorang gadis yang agak alim. Aku cuba untuk mendekati kebaikan nya, dalam 9bulan perkenalan, aku mulai memahami perasaannya. Dia menerimaku, tetapi maklumlah, dia pon pertama kali bercinta. Si dia juga tidak biasa melayan karenah lelaki. Sehingga suatu mase si dia mengabaikan aku. Aku hanya dihubungi pada malam hari sebelum tidur. Lelaki seperti aku, perasaan tak menentu, mula berfikir macam2. Si dia xsuke la, ape la. Itula lelaki jika diabaikan.

Aku yang sedang diabaikan dengan xsemena2, muncul lagi seorang gadis yang agak peramah. Si dia ni pulak cuba menjaga hati aku. Lelaki yang kesedihan dihadiri perempuan yang mengambil berat. Ape yang berlaku? Mula untuk jatuh cinta pada masa yang sama. Semakin hari semakin akrab. Aku tidak punya jalan lain, melepaskan si gadis alim itu. Agak kecewa perasaan si dia kerana tingkahlaku ku. Aku bukan hendak berkata bosan dengan si dia, tetapi aku seperti tunggul yang tak bernyawa dimata dia. Apakah salah jalanku itu? Setibanya gadis ketiga ini dalam hatiku, kami berkenalan lebih rapat sehingga peperiksaan SPM tamat. Sungguh gembira hatiku ketika itu. Tapi, tak ku duga, aku terpilih sebagai pelatih PLKN di summerset resort. Hajat nak setia, tetapi hajatku dihancurkan. Aku cuba untuk setia, tetapi si dia yang berkaki tiga. Xcukup dua kaki, masih mencari kaki yang lain untuk berdiri. Kenape aku berkate begitu? Tidak ku sangka, dalam 3bulan sedang sibuk ku menjalani program PLKN tersebut, si dia mencari yang lain. Tidak puaskah dia untuk menyakiti hatiku? Mungkin hanya bila ku mati, dia akan berhenti menyakitiku. Tidak cukup menduakan aku, apabila ku tanya, masih lagi mahu menipu. Aku hanya berdiam diri sahaja. Sehinggalah tawaran Matrikulasi ku terima. “Adakah aku mainan mu wahai gadis???”

Niatku sekarang ingin melupakannya. Bermula kisah baru aku di matrikulasi itu. Aku adalah seorang ahli JPP (Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar) yang mane memegang jawatan biro kerohanian. Ya, selama ini memang aku pernah mengalami situasi ini. Memegang jawatan ketua surau malah ketua persatuan pelajar islam, jadi tidak janggallah untuk ku membuat kerja –kerja yang berat untuk ku menjalankan aktiviti kerohanian. Itu sebagai sampingan ku. Di matrikulasi, aku terkenal sebagai pembaiki laptop atau juruteknik kecil yang mana pelajar yang mempunyai masalah laptop, kebanyakkan nya mencari aku. Di situla mulanya hidupku untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaanku. Hidupku sering sepi tanpa penyeri. Aku cube mencari juga mane2 yang aku berkenan disitu. Hatiku ditambat oleh dua gadis. Pada mulanya si gadis Kuala Lumpur ini menjadi sahabatku, tetapi aku hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan. Aku dibencinya kerana aku cuba mendekati dia. Aku hairan, mengapa hidup aku tidak disukai orang, salah ker kalau aku mengambil berat hal orang???

Aku terus mencuba melupakannya. Gadis seterusnya berasal dari Pahang. Sekelas denganku. Aku sememangnya rapat dengan dia. Hampir seperti adik beradik. Sehingga pertengahan semester aku mengenalinya, aku cuba untuk mendekatinya. Pada awalnya, si dia sememangnya mempunyai kekasih tetapi kekasih yang xseperti kekasih. Si dia menceritakan kisah silamnya, kekasihnya sangat kejam dengannya, memperlakukan si dia seperti mainan. Aku simpati dengan si dia. Aku cuba memberi kasih sayang ku padanya. Buat mase tu, dia masih menerima kasih sayang ku kerana pada ketika itu, aku lah lelaki yang paling rapat dengan si dia, dan baru sahaja putus cinta. Tetapi semua tu berakhir setelah dia mengetahui aku menyukai nya. Sejak kebelakangan itu, dia menjauhi aku, dia tidak mahu dicintai olehku. Mungkin si dia tidak menyayangi ku. Pernah diungkapkan yang si dia menganggap aku hanya sebagai abang angkatnya. Aku tahu, dia masih sayangkan kekasihnya. Perasaanku mulai kecewa ketika itu. Aku seperti mainan dia. Mencari aku ketika susah, melupakan ku ketika senang. Sehingga kini aku kesepian kerana hidupku dipermainkan oleh perempuan yang hanya menyayangi aku pada kata-kata. Mungkin aku xsempurna untuk sape2. Tapi untuk sekadar pengetahuan, aku berpegang pada kata-kataku. “Sesiapa yang setia denganku, akanku setia dengannya” Aku akan cuba bahagiakan sesiapa yang menjadi pasanganku. Pengalaman mengajarku untuk jadi lebih sempurna. Mungkin ini sebagai luahan hati, untuk menceritakan kisahku. Aku lebih rela hidup untuk orang, daripada aku hidup untuk diri sendiri. Gayaku, caraku, aku akan gembira jika sekeliling ku gembira walaupun aku sedang berduka. Aku cuba untuk menjadi seorang yang xpentingkan diri sendiri. Bukan untuk mencari simpati, tapi sekadar berkongsi.

Maafkan aku jika terkasar bahasa, kerana aku insan yang kurang sempurna. Pesanan ku, hanyalah kepada sesiapa yang hidup untuk diri sendiri, cubalah hidup untuk orang lain. Supaya yang lain gembira dengan kita. Dan mereka yang tidak dapat menghargai aku, terima kasih ku ucapkan serta aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian. Satu sahaja yang hendak aku nyatakan......

AKU HAIRAN MENGAPA BILA AKU CUBA UNTUK MENGAMBIL BERAT HAL KORANG, TAPI MENGAPE KORANG XSUKE?? BUKAN KU XBANTU MALAH AKU CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBANTU KORANG.... ADAKAH AKU INI SEMEMANGNYA TIDAK LAYAK UNTUK HADIR DALAM HIDUP KORANG???



0 comments:

Post a Comment