Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Friday, December 3, 2010

TUDUNG PURPLE

Siapakah yang bakal memiliki tudung purple itu. Ku belikan special untuk seseorang. Tetapi ku takut untuk menyerahkan kepadanya kerana ku takut si dia tidak mahu menerima pemberian ikhlas ku ini. Hatinya menginginkan sehelai tudung. Ku tanya pada si dia, tudung jenis apakah yang diminatinya. Katanya lagi, dia meminati tudung yang dia sering pakai ke kelas. Bukan sejenis selendang atau tudung ekspress. Seperti yang ku tahu, tudung itu terkenal dengan nama ‘tudung bawal’.

Hajat hatinya menginginkan tudung itu, tetapi cuba untuk menafikan kepada ku dan tidak mahu menyusahkan aku untuk mencarinya. Tetapi dia sendiri tahu yang aku seorang yang degil, katanya tidak, tetapi bagiku ya. Niatku hanya ingin menunaikan hajat seorang kawan, yang begitu akrab dengan ku. Ku belikan tudung itu khas buatnya kerana hanya dia sahaja yang banyak memberi semangat kepadaku, dan sering menasihatiku serta membantuku ketika aku sedang kesusahan. Aku bersyukur mempunyai rakan bercerita seperti dia. Aku sering habiskan masa untuk berborak-borak dengan nya kerana hari-hariku sering bosan tidak berteman. Disebabkan itu aku membelinya hadiah itu sebagai tanda terima kasih ku kepadanya.

Tapi sehingga kini aku masih belum berani untuk menghadiahkan tudung itu kepadanya. Hajatku ingin melihatnya memakai tudung itu ketika ke kelas. Mesti si dia kelihatan lebih ayu jika memakainya. Tetapi adakah harapan ku ini hanya tinggal harapan atau akan menjadi mimpi indah seumur hidupku? Sukar nak ku gambarkan detik itu kerana si dia bukanlah seperti gadis biasa. Agak lama untukku memahami cara dia bersahabat. Aku kini hampir memahami caranya yang agak sempoi dan kadangkala tegas. Jika difikirkan kembali kenangan ketika aku mula mengenalinya, ingin ku ketawa sendirian. Macam-macam kenangan pahit, seperti bergaduh dan pernah hampir bermusuhan. Tetapi sebagai umat islam, tak perlulah sampai bermusuhan dalam bersahabat kerana perkara itu dibenci oleh ALLAH S.W.T.

Berbalik pada topik tudung tadi, aku memberitahunya bahawa aku sudah membelikannya tudung itu. Dia seraya menjawab, kan sudah diberitahu untuk tidak membeli tudung itu. Aku hanya berdiam diri, ingin ku sesali dengan perbuatanku, tetapi tidak ada daya untukku berbuat demikian. Aku kini hanya menyimpan tudung itu didalam locker besi ku di asrama ku. Setiap hari ku melihat tudung itu, sebelum ku ke kelas. Sampai bilakah kau akan tinggal disini wahai tudung purple. Bisikku setiap hari. Bukanlah aku sudah bosan untuk melihatnya setiap hari, tetapi alangkah indahnya jika kau wahai tudung purple mendapat penjaga yang lebih baik daripada aku. Sekurang-kurangnya kau boleh dijaga dengan baik dan dipakainya serta dia memandikan kau untuk kau sentiasa berbau harum. Tidak lah kau hanya terperap didalam almari besi yang sejuk ini yang belum tentu kau dimandikan serta berbau harum malah tidak dipakai oleh sesiapa.

Arghhh, kadangkala aku hanya membiarkan igauan ku itu, kerna ku tahu, kemungkinan tidak akan ada sesiapa pun yang akan memiliki tudung itu. Ingin ku berikan sahaja kepada orang lain, tapi siapa. Tidak ada senarai untuk ku memilih siapa yang layak menerima pemberian ku itu. Hari demi hari aku hanya dengan cita-citaku, dan tidak lagi memikirkan kau wahai tudung purple. Kau umpama tiada didalam lockerku malah dalam hidupku. Mestikah aku menyerahkanmu kepada orang lain atau aku hanya perlu menunggu jawapan dari si dia yang mengatakan si dia menginginkanmu semula dan bersedia untuk menjaga mu wahai tudung purple. Benakku sering runsing akan hal ini. Sejak itu aku mulai pasrah dan hanya membiarkan mu wahai tudung purple dengan selimut plastik mu itu didalam lockerku.

MILIK SIAPAKAH KAU WAHAI TUDUNG PURPLE??



2 comments:

nazrin izhar said...

aku pon ade crite al tudong jgak
selendang kuning buat guru
ha..
tapy cite dya sakay sket

Krule Elurk said...

Wah bgus la tu naz.... kite lawan tudung nk??? hahak...

Post a Comment