Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Saturday, January 10, 2015

DETIK 11 JANUARI

Salam 1 Malaysia

Hehe, lama sudah aku tidak mengarang kat blog ni, dah berbau habuk dekat sini. Tapi lama xlama pon, kenapa pulak aku nak mengarang pasal 11 januari?? Apa y penting kat tarikh ni??Ada tarikh keputeraan mana-mana sultan ke? Maulud Nabi dah lepas 3 Januari 2015, baru ni. Takkan tahun baru cina. Ke sebab cuti sekolah abis, tapi aku mana sekolah dah? Pelbagai spekulasi y keluar pada siapa y tidak tahu sejarah tarikh ni. Mungkin hanya aku dan insan y aku sayang je tau tarikh ni, sebab kami y alaminya. APA??? Insan TERSAYANG??? DAH KAWEN KE??? Hahaha. Blom kawen lagi. Insyaallah jika ada jodoh, adalah kami sebagai mempelai suami isteri. Bagi aku, tarikh ni agak penting, tapi xpasti bagi si dia, mungkin dia rasa tarikh ni xsepenting y aku rasa.

Mengimbau tarikh ni 11 Januari 2013 yang lepas. Aku pon xingat ape y berlaku mase ni, sbb aku tak nyatakan peristiwa penting pon mase ni. Peristiwa tersebut berlaku pada 11 Januari 2014. Hehe. Suspen aje, cepatlah cerita, ape bende ngan tarikh ni. Bosan dah pembaca membaca karya y ntah apa2 ni. Ok, i'll start. Pagi 11 Januari 2014, seperti biasa aku menunaikan solat subuh sebagai insan y bergelar muslim. Kemudian bersarapan pagi, aku hanya minum kopi y disediakan nenek. ketika ini aku di kampungku, bercuti. Kenapa aku hanya sarapan kopi secawan, aku xpasti hari tu aku rasa aku tidak ada selera nak makan, kerana pada tengah hari aku ada temu janji dengan seseorang.

Selesai sarapan, sambil menunggu jam ditangan pukul 11 pagi. Aku menonton televisyen, lalu waktu berlalu pantas dimana ia menunjukkan sudah jam 11. Aku menghidupkan enjin motosikal ku dan memecut laju ke Bandar Pusat, walaupun ia terlalu awal bagi seseorang itu, tetapi bagi aku, aku tidak mahu terlewat saat penting itu. Ianya adalah pertemuan kami y pertama kali setelah berkenalan sejak 17 October 2013. Perkenalan mengambil masa selama 3 bulan untuk dia memberanikan dirinya untuk bertemu aku y serba kekurangan ni.

Saat y dinanti telah tiba, si dia berpesan y si dia memakai pakaian merah dan hitam walaupun asalnya dia ingin mengenakan merah putih. Saat itu dalam keadaan y samar2 aku melihat si dia berjalan dari jauh. Dia bersama dua rakannya. Dia sering mengatakan rakannya FAEY itu cantik dari dia, tapi aku tak tahu mengapa masa tu, aku hanya nampak dia, kerana warna merah nya itu y mempesonakan aku barangkali. Dia juga sering mengatakan y aku sudah di buta oleh cinta, mana mungkin pertemuan pertama aku sudah buta. Apakah itu sememangnya cinta?? Cinta Pandang Pertama.

Jadi setelah kami bersua muka, aku nampak senyuman manis y aku cari ada pada dia, perbezaan pada gambar dan luaran jelas terserlah, kerana pada gambar, senyuman nye hanya sekadar bibir, tapi diluar, senyuman nya mengukir gigi y cantik. Aku sememangnya lebih suka senyuman y terlihat gigi dari senyuman y hanya pada bibir. kerana bagi aku ia menunjukkan emosi gembira seseorang. Dia sering juga mengatakan diluar dia tidak lah secantik gambar. DIA PENIPU!! Hahaha, sebenarnya diluar dia lebih mempesonakan dari gambar. Mungkin itu juga sekarang aku sering minta dia untuk "SELFIE" berkali2 sehingga aku y dimarahinya asyik minta gambar. Ini sebab aku merindui senyuman y aku suke itu. Ianya LIMITED EDITION kerana aku perlu bertemu dengan nya untuk melihat senyuman itu, bukan pada gambar y aku bleh dapat.

Makan tengahhari kami hanya bertempat di KFC kerana dia juga tiada selera makan. Selesai makan, kami mengelilingi bandar jengka. Aku hanya mampu merenung wajah dia dan berharap adakah dia menerima ku seadanya. Kata putus darinya ialah pada hari setelah berjumpa, kerana pepatah y dipegang oleh dia, tak akan ada cinta sebelum berjumpa. Aku hanya mampu berfikir apakah aku layak untuk mendampingi si dia pada hari2 seterusnya atau adakah si dia menolak ku bulat2. Itu y berlegar difikiran ku ketika aku mentelaah wajah dia semasa dia sedang leka melihat rakannya membeli barang di salah satu kedai.

Tetapi, sebutir soalan dilemparkan oleh dia ketika itu secara tiba-tiba. "Awak menyesal x jumpa saya hari ni? Yelah, saya kan xla cantik y awak selalu puji dalam chat." Tiada jawapan dari ku dan hanya sebuah senyuman yang ikhlas tanda aku menerima dia seadanya. Si dia terpana dengan senyuman aku, lantas dia juga ketawa melihat senyuman aku. Petang berlalu sekelip mata, dan kami beransur pulang ke haluan masing2. Dia sempat berpesan sebelum pulang, jika dah sampai rumah, SMS. Sesampainya aku dirumah, aku SMS si dia memberitahu aku telah tiba di rumah dengan selamat.

Sebuah panggilan muncul, tertulis nama ATHIRAH ketika itu, dan aku dengan berdebar menjawab panggilan itu secara tiba2. Aku terus bertanya, mengapa si dia menelefon ku kerana baru sahaja berjumpa. Dan si dia mengeluarkan kata2 y aku tidak menyangka, "Awak, saya nak jawab soalan awk hari tu". Aku terpaku, dan dalam anggaran seminit kemudian aku bersuara, "Jawapan soalan ape?" Aku tidak menunjukkan rasa excited aku itu, kerana aku takut si dia menolak aku. Dan sekecil suara dari hatinya mengeluarkan soalan "Kalau saya kata saya terima awk, apa awak rasa?" Sekali lagi jantung aku berdebar laju, kerana soalan itu y aku tunggu kerana ia mungkin satu petanda y si dia menerima ku secara jelas. Dan aku kembali kan soalan kepada nya, "Maksud Awak?" dan si dia terus menjawab, "Ye, saya terima awak"

ALHAMDULILLAH, penantian 3 bulan y tidak sia-sia. Jadi 11 januari 2014 adalah saat y terpenting dalam hidup aku sejak tarikh itu, kerana aku diterima sebagai buah hati si dia pada saat itu. 

JIKA JODOH TAKDIRKAN KAMI UNTUK BERSAMA SUATU HARI NANTI, AKU AKAN CUBA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DALAM DIRINYA DAN KELUARGANYA SERTA KELUARGAKU.

FATIN ATHIRAH, kasih sayang saya sememangnya saya zahirkan dengan perkataan, y sering awak dapat melalui chat. Tapi percayalah saya betul-betul maksudkannya, dan saya amat berharap, JADILAH insan y istimewa sentiasa dalam hari-hari saya selepas keluarga saya. Even kita kerap gaduh sekarang, pesan saya pada awak, saya harap awak mampu sabar melayan karenah saya y cukup emosional ni. SAYA CINTA DAN SAYANGKAN AWAK FATIN ATHIRAH. SALAM 1 TAHUN.

P/S Jaga "aMiRa" selalu, tu tanda saya sentiasa ada dengan awak. ^_^

yang ikhlas Khairul Amin Suhaimi (K A S)


3 comments:

fatin athirah said...

Amboi..jiwang laaaakkk mamat ni....hahahah!!

Yeee,, cam sye prmh bgitau awk sblom ni..

SAYA CUME TUNGGU AWAK SORANG JE...

Krule Elurk said...

thank you my dear. ^_^

tiga lalat said...

salam. hee detik jiwang ;p

Post a Comment