Subscribe:

Ads 468x60px

MY BLOG

Wednesday, October 27, 2010

KASIH TERCIPTA HANYA UNTUKMU


Dia : “Lapa la...”

Aku : “Kenapa xnk mkan ni??”

Dia : “Bior ar!!”

Aku : “Kenapa ni??”

Dia : “Bior ar, nape nk tau!!”


Itula ungkapan y membuatkan aku semakin tertarik dengan si dia. Si dia ni seorang y agak keras kepala. Aku tertarik hati dengannya semenjak di institusi pengajian tinggi. Namanya Izzaty. Kami adalah pelajar sekelas. Setiap hari kami sentiasa makan bersama, pergi ke kelas bersama-sama, belajar bersama. Sampai suatu ketika ada y mengatakan kami ini sepasang kekasih. Tetapi kami cuba menafikan tanggapan orang kepada kami kerana setakat ini kami hanya kawan biasa.


Walau kawan biasa, perasaan cinta dan sayang masih ku simpan supaya si dia tidak mengetahui apa y tersirat dalam hati aku ni. Aku cuba untuk meluahkan, tapi dalam bahasa kiasan dan ditambah dengan gurauan sehingga si dia tidak perasan apa y ku katakan itu adalah satu y series. Hari semakin hari aku sudah tidak mampu untuk menanggungnya sendiri. Aku cuba memberitahu Izzaty bahawa aku menyintainya dan ingin menjadikan si dia sebagai permaisuri hidupku. Tetapi hatiku berdebar-debar.


Mengapa hatiku ni berdebar?? Aku pasti si dia akan menolak ku, kerana aku tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Dia masih selesa dengan ku, aku tidak mahu kehilangan dia kerana y aku khuatiri ialah jika aku menceritakan perkara y sebenar, mungkin si dia cuba menjauhi aku. Apa y perlu aku buat?


Keesokkannya, aku mengajak si dia makan bersama ku. Tetapi kali ini dia datang membawa seorang teman. Teman nya itu seorang lelaki. Aku agak terkejut dan cuba menutup perasaan cemburu ku itu supaya si dia tidak mengetahui perasaan ku. Sambil kami makan, si dia berbual bersama teman nya itu. Hatiku mula panas, tetapi aku hanya mendiamkan diri. Sepatah y si dia menanyakanku, maka sepatah jugalah jawapanku. Aku perasan y si dia sudah mula hairan dengan tingkahlaku ku. Sekembalinya aku di asrama, sepucuk mesej tiba di telefon bimbit ku.


“Erul, kenapa kamu diam sahaja tadi? Adakah kamu kurang sihat?”


Aku cuba untuk tidak membalas mesej tersebut. Kemudian aku menerima panggilan daripadanya. Aku mengangkat panggilan tersebut dan terdiam sejenak. Si dia menanyakan kembali soalan y sama. Aku hanya menjawab y aku tiada apa-apa dan aku sihat-sihat sahaja. Si dia mula menceritakan tentang teman lelaki nya tadi. Aku hanya mendengar sahaja kerana aku cuba untuk dekat dengannya dan menjadi pendengar y setia. Hari demi hari si dia semakin tidak menghiraukan aku, aku berasa sangat kecewa lalu aku membuat keputusan untuk melupakan si dia. Tindakan ku itu disedari oleh nya, lalu si dia menanyakan ku tentang mengapa aku sekarang sering murung. Aku memberitahu nya y aku sedang sedih tetapi tidak tahu puncanya. Si dia mentertawakan aku dan mengatakan aku sedang bergurau dengannya. Aku juga turut ketawa kerana si dia mentertawakan aku dan sambil menghilangkan perasaanku kepadanya.


Aku ke kafe untuk makan malam, nyata mataku tidak tersilap, aku melihat si dia sedang makan bersama teman lelakinya itu. Hancur hatiku malam itu, dan aku hanya membungkus makanan ku lalu makan di asramaku sahaja. Malam itu aku berfikir, kenapa si dia memberikan aku harapan untuk mencintainya. Tak pernah terfikir olehku untuk mencintai gadis seperti dia, tetapi mengapa dia tidak memberitahu padaku y si dia sudah berpunya. Aku teramat kecewa dengan sikapku y cuba mendekati kekasih orang. Mulai saat itu, aku mula melupakannya.


Hariku bertambah ceria kerana tidak ditimpa masalah. Semakin hari semakin hilang perasaan ku kepadanya. Betul, aku sudah melupakannya.


Aku meneruskan langkahku ke LIBRARY kolej ku. Dalam perjalanan aku terserempak dengan nya. Aku tidak menghiraukan si dia. Ku pilih kerusi dihujung sudut dan duduk dengan tenang. Tiba-tiba si dia menjerkahku. Aku terkejut lalu mempersilakan si dia duduk. Aku bertanya hajat si dia berjumpaku. Dia pula menanyakanku mengapa sudah tidak belajar bersamanya. Aku tidak semena-mena berkata mengapa kamu tidak mahu belajar bersama kekasihmu. Dia seolah-olah terkejut dengan ayatku itu. Lalu dia menceritakan bahawa kekasihnya itu sudah meninggalkan si dia kerana mempunyai perempuan y lain, sehingga dia menangis di hadapanku. Aku cuba memujuknya. Aku simpati dengannya. Tapi apakan daya, aku mula berfikir bahawa si dia hanya mencari aku ketika si dia susah. Tetapi ku jernihkan kembali fikiran ku itu lalu aku cuba untuk mendampinginya semula.


Sedang aku sibuk memujuknya, aku tidak sengaja mengeluarkan perkataan y sebenarnya aku mencintai nya sudah lama. Si dia berhenti menangis dan menanyakan ku sudah berapa lama. Aku memaksa diriku untuk menjawab soalan nya itu, dan ku beritahunya bahawa aku mencintainya sejak kami mula kenal. Dia terus pulang ke asramanya dan aku tanpa berfikir panjang meneruskan pembelajaran aku. Dalam hatiku hanya berkata, “tak perlu kau fikirkannya, dia mungkin tak memikirkan engkau” Malamnya, aku termenung mengenangkan nasib dirinya y ditinggalkan. Aku cuba mengembalikan perasaan sayangku kepadanya kerana aku berfikir, jika aku tidak lagi sayangkannya, mengapa aku masih berfikir tentangnya dan sanggup mendengar ceritanya. Dengan cara itu, perasaan ku kepadanya kembali bertaut dihatiku. Kemudian telefon berdering menerima sepucuk mesej yang menyatakan bahawa si dia juga pernah cuba untuk mencintai aku kerana aku adalah orang y paling rapat dengannya.


Aku sangka akulah orang y paling bertuah malam tu. Si dia mengeluarkan ayat y manis untukku. Aku cuba untuk berterus terang kepadanya, jika si dia sanggup mencintai kekuranganku, akan ku janjikan kebahagiaan y kekal abadi hingga ke akhir hayat kerana aku memegang kepada prinsip ku. Dan juga aku hidup untuk orang lain dan bukan untuk diri sendiri. Aku hanya menyatakan bahawa kasih y tercipta ini hanyalah untukmu wahai kekasih. Dan akhirnya aku gembira dapat melembutkan hati y keras melalui tindakan ku sendiri y mana aku tidak pernah mendesaknya untuk menerimaku seadanya.


AKU MAU MENDAMPINGI DIRIMU

AKU MAU CINTAI KEKURANGANMU

SELALU BERSEDIA BAHAGIAKANMU

APA PUN TERJADI, KU JANJIKAN AKU ADA



0 comments:

Post a Comment